Kanak-kanak selalunya suka bermain mencari harta karun. Pada bulan Mac lalu, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun bernama Archie Wood bersama ayah dan ibunya pergi bercuti di Bexhill Beach.
Pantai ini terkenal dengan banyak barang peninggalan perang yang terdampar di daratan. Ayahnya membeli sejenis alat pengesan untuk mencari harta karun bersama Archie.
Sewaktu mencari, Archie menemui sepotong kayu terkambus dalam pasir. Potongan kayu itu kelihatan sangat unik, jadi Archie menghabiskan banyak waktu untuk menggali kayu itu keluar.
Ketika dia berhasil mengeluarkan kayu itu, Archie merasa ini sangat luar biasa kerana potongan kayu itu lebih dari apa yang dibayangkan.
Dia pun menunjukkan kayu itu pada ayahnya, lalu ayahnya mentertawakannya kerana Archie menganggap kayu itu sebagai harta karun.
Archie merasa bahawa kayu yang dia gali bukan kayu biasa, jadi dia membawanya pulang.
Potongan kayu itu memiliki panjang setengah meter dan beratnya sekitar 4 kg. Archie mula mencari maklumat mengenai kayu ini, tetapi dia tidak menemui sebarang informasi yang relevan.
Kemudian, dia membawa kayu itu ke muzium untuk diteliti. Ahli pengkaji di muzium sangat terkejut ketika mengetahui bahawa kayu itu bukanlah kayu asli, melainkan ini adalah tanduk Auroch (sapi kuno).
Sapi jenis ini telah lama pupus dan dahulunya pernah hidup di Eropah dan membiak di Asia serta Afrika Utara. Ternyata Archie telah menemui tanduk Auroch yang telah berusia sekitar 4000-6000 tahun yang lalu.
Pada masa yang sama, para pengkaji di muzium tersebut memang sedang mempelajari mengenai ekosistem pada masa itu dan fosil tanduk Auroch ini sangat penting bagi mereka.
Mereka menawarkan harga 3 juta pada Archie untuk membeli tanduk tersebut. Jumlah 3 juta bagi seorang kanak-kanak berusia 13 tahun adalah angka yang cukup besar.
Tetapi, menurutnya fosil tanduk ini penting untuk diteliti dan dipelajari lebih lanjut sehingga dia memutuskan untuk menyumbangkannya kepada muzium.
Sekarang, tanduk itu telah menjadi koleksi milik Muzium Bakersfield. Archie sebagai penyumbangnya juga tercatat namanya di muzium.