Jika anda suka makan tom yam teruskan makan makanan kegemaran anda itu kerana khasiat yang terdapat dalam masakan tom yam dipercayai mampu menghalang dan juga mengurangkan risiko pertumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan tom yam yang betul-betul berkhasiat pasti ada cara yang tertentu.
Kenyataan yang mengejutkan ini telah disampaikan oleh Dr Suri Roowi seorang Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi perbualannya dalam temubual yang dilakukan oleh stesen Radio IKIMfm.
Menurut Mingguan Wanita, beliau menumpukan kepada kajian tentang makanan yang kaya dengan antioksidan serta turut berusaha memberikan kesedaran terhadap orang ramai mengenai kebaikan makanan-makanan yang kaya dengan antioksidan ini.
Melalui satu kajian tentang tom yam yang telah dilakukan di Unversiti Kasetsart, Thailand dan juga Universiti Kyoto, Jepun, mereka mendapati kandungan atau bahan yang terdapat dalam masakan tom yam dipercayai boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dan juga pertumbuhan tumor berbanding dengan makanan yang lain.
Menurutnya, sesiapa yang suka makan tom yam sebenarnya individu itu lebih rendah risiko untuk mengalami kanser usus besar dengan syarat bahan-bahan masakan tom yam berkenaan mestilah daripada sumber asli seperti serai, daun limau purut, daun ketumbar dan sebagainya. Ketika waktu memasak tomyam haruslah mengurangkan penggunaan MSG.
Bahan-bahan Masakan Tom Yam Anti Kanser
Daun Limau Purut
Daun limau purut dikatakan kaya dengan antioksidan dan melalui kajian terkini yang dibuat terhadap seekor tikus mendapati daun ini mampu bertindak menghalang kanser atau anti kanser.
Serai
Melalui kajian juga mendapat bahan yang terdapat dalam serai iaitu bahan citral juga bertindak menghalang kanser terutamanya kanser ovari, kanser usus besar dan juga kanser payudara.
Kajian yang dibuat ke atas serai membabitkan banyak sel iaitu ketika kajian dibuat saintis akan menanam sel ke dalam satu bekas yang kemudiannya digoncangkan. Setelah itu saintis akan memasukkan minyak ke dalam sel dan hasilnya sel-sel kanser tersebut dilihat telah mati.
Daun Ketumbar
Antara bahan yang terkandung dalam masakan tom yam yang memberikan peranan besar dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Daun ini amat bagus kerana sifatnya mempunyai anti oksidan.
Daun ketumbar juga sangat baik untuk mereka yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis iaitu mampu mengawal gula dalam darah selain itu ia juga sangat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah saraf.
Temu Kunci
Biasanya di Malaysia masakan tom yam akan menggunakan lengkuas dan ada juga yang menggunakan Temu Kunci ke dalam masakan ini. Temu Kunci biasanya digunakan oleh kebanyakan orang Vietnam. Temu Kunci mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Antara kebaikannya ialah anti kanser.
Mulai sekarang sesiapa yang tidak menyukai masakan tom yam haruslah memakannya kerana dengan memakan tom yam telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kanser seperti yang dikatakan oleh Dr Suri Roowi.
Berikutnya perbualan Dr Suri Roowi tentang keistimewaan tom yam ketika ditemubual di stesen radio IKIMfm.
Khasiat Tomyam (Yang Dibuat Guna Sumber-Sumber Asli)Terima kasih kerana tolong ‘share’kanMoga info ini bermanfaat kepada semua#DrSuriRoowiPrincipal Scientist
Posted by Dr Suri Roowi on Saturday, 9 June 2018
Semoga bermanfaat kepada semua.