Misteri Kewujudan ‘Mata Sahara’ Dipercayai Berusia 100 Juta Tahun Yang Terletak Di Tengah Padang Pasir

Kewujudan ‘pusaran gergasi’ yang kelihatan seperti mata lembu dan menonjol di gurun tersebut. Formasi geologi aneh itu terbentang di kawasan gurun seluas kira-kira 48 kilometer terletak di negara Mauritania, Afrika Barat.

Dikenali sebagai Mata Sahara (The Eye of Sahara) atau Richat Structure, pertama kali dikesan oleh para angkasawan ketika misi Gemini IV pada tahun 1965. Dalam misi itu, para angkasawan juga diminta untuk memgambil gambar beberapa sudut bumi.

Pada saat mengambil gambar di bahagian barat Sahara, satelit Landsat berjaya merakam imej jelas yang memaparkan bulatan ‘gergasi’ seakan ‘mata’. Penemuan itu telah didedahkan kepada umum secara kiraan kasar mengenai ukuran, tinggi dan luasnya.

Penemuan bentuk misteri tersebut pastinya menimbulkan persoalan dan teori dalam kalangan penduduk di dunia sehingga ada yang mendakwa bahawa ia merupakan sebahagian dari kota Atlantis yang hilang. Bagaimanapun, beberapa ahli geologi menpunyai teori yang berlainan.

Salah satunya adalah, ahli geologi percaya bahawa bulatan yang digelar ‘Mata Sahara’ itu merupakan kawah hentaman asteroid dan letusan gunung berapi tetapi tidak ada bukti yang terarah pada kedua teori itu. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan pada batu yang terdapat di dalam struktur itu menunjukkan bahawa ia merupakan earth-based sepenuhnya iaitu terhasil daripada proses geologi.

Disebabkan itu, mereka juga telah membuat kesimpulan bahawa ia merupakan kubah geologi (geologic dome) yang mengandungi batuan yang berusia sekurang-kurangnya 100 juta tahun iaitu tidak lama sebelum munculnya kehidupan di bumi.

Batu-batuan ini termasuk endapan igneus (lapisan gunung berapi) serta lapisan sedimen. Beberapa tahun yang lalu pula, ahli geologi menemui beberapa jenis batuan beku di kawasan pembentukan mata itu termasuk yang dikenali sebagai kimberlite, carbonatites, basalt hitam dan rhyolites.

Batu-batu purba yang terdapat dalam kubah geologi itu telah memberikan sedikit maklumat kepada para penyelidik mengenai asal usulnya. Pembentukannya yang paling awal adalah bermula ketika Pangea (superbenua) mula terpisah.

Ketika Pangea pecah, perairan Lautan Atlantik mulai mengalir ke wilayah ini. Ia menyebabkan berlakunya tolakan dari dalam magma dan mantel bumi sehingga membentuk kubah berbatu dengan bulatan yang dikelilingi oleh lapisan batu pasir.

Keunikannya itu menjadi daya tarikan buat pelancong dan ahli geologi tetapi disebabkan ia berada di kawasan gurun yang kering dengan curahan hujan yang sedikit, ia tidak ‘diancam’ oleh manusia. Sehingga kini, ia dianggap sebagai misteri dan masih menjadi perdebatan ramai pihak dengan pelbagai teori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!