Pulau Gunkanjima amat sesuai kepada orang-orang yang sukakan satu percutian memcabar, melihat bangunan-bangunan usang yang sedikit menakutkan. Pulau ‘Battleship Island’ atau dalam bahasa Jepun disebut Gunkanjima, namun, nama sebenarnya ialah pulau Hashima.
Untuk ke pulau ini, mengambil masa sejam perjalanan di luar pantai barat Nagasaki. Di pulau Hashima ini juga, telah dibina dinding konkrit setinggi 12 meter dari paras laut mengelilingi Bandar, membentuk seperti sebuah kapal.
Pada awalnya, tempat ini berkembang maju, merupakan kawasan lombong Arang Batu. Dijadikan penempatan pelombong bersama keluarga masing-masing dari tahun 1950 hingga 1974. Pada tahun 1960-an, merupakan tahun paling padat penduduk kira-kira 5,000 orang, apabila mereka menjadikan pulau Hashima sebuah Bandar.
Pada mulanya, mereka(Mitsubishi) hanya mendirikan beberapa bangunan untuk kediaman mereka. Hampir kesemua kemudahan diwujudkan dalam Bandar ini! Seperti; berbagai jenis Kedai, Restoran, Sekolah, Pawagam dan Hospital, malah mempunyai beberapa kolam Renang.
Namun, telah ditutup pada tahun 1974 apabila permintaan terhadap Arang Batu merosot, setelah minyak Petroleum mengambil alih sebagai bahan bakar. Kesemua pelombong Arang Batu, dan keluarga mereka berpindah ke bandar-bandar yang lebih besar mencari pekerjaan lain.
Sejak itu, pulau tersebut kosong beberapa dekad, pulau ini tidak dikunjungi. Tiada sebab untuk ke pulau ini, tempat yang terdedah dan berbahaya, seringkali dilanda taufan dan ribut. Menyebabkan tidak ada yang peduli untuk pergi ke sini. Malah, bandar yang sangat perpencil ini seakan dilupa.
Pulau Hashima mula mendapat perhatian pada 2008 apabila sebuah organisasi mencadangkan, pulau ini diwartakan salah satu warisan dunia ke UNESCO. Bahkan, pulau ini semakin terkenal, setelah digunakan salah satu lokasi pengambaran filem terkenal SKYFALL’James Bond 007′.
Pada tahun 2009, pulau Hashima dibuka kepada umum untuk tujuan pelancongan. Pelawat mula datang untuk mengunjunginya. Walaupun begitu, tidak ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana. Selain mengamati runtuhan bangunan, serta suasana menakutkan yang ternyata mempunyai daya tarikan tersendiri.
Kebanyakan bangunan disini terlalu usang, banyak tumbuhan liar yang tumbuh menimbulkan perasaan seram kepada pengunjung. Pelancong yang terpesona, datang untuk mencari kelainan, ingin melihat sendiri Bandar terbiar ini. Banyak harta benda dan kelengkapan masih terdapat disini ditinggalkan bekas penduduk.
Selepas Pulau Hashima dibuka kepada umum atas tujuan pelancongan. Ciri-ciri keselamatan dipasang semula untuk kemudahan pelancongan. Namun, pengangkutan ke Pulau ini terhad. Dibawah ini beberapa gambar sekitar bandar terbiar tersebut. – IMT