Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?
Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi! Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.
Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri.
Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.
Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Saye setuju sgt.. Perlu bykkn artikel mcm. Ni utk kesedaran msyrakat skrg.. Y byk teededah kpd.. Dunia maya.. Kdg2 para. Isteri suke tgk mcm 2 dlm internet brg mahal2 pakaian n brg perabot cantik2 mnjadikan isteri tu nak mcm2 dab bile suami xdpt nk tunaikan da jadi gaduh kat situ.. Spttnye psangan y hdp brumah tangga perlu mhabiskan byk mase bsama kls 2 ilmu agam agar tahu panduan cara hidup y btl berumah tangga.. Mohon pencerahan utk bykkn info tentang ilmu alam rmh tangga memgikut islam.
Haha. Dah kenapa artikel ni nak setkan org bahagia kena mcm ni.. kena mcm tu. Dah dia rasa bahagia nak share biar la dia. Kita pun belajar2 la bahagia bila tgk org share kebahagiaan. Baru hati tenang. Hehe
Ketahuilah bhw masih wujud org yg struggle utk xriak. Walaupun dia ada lebih drpd apa yg dipamer oleh orang lain di socmed. Krn org mukmin itu xdikenali oleh penduduk bumi tetapi dilihat dgn jelas oleh penduduk di langit ibarat melihat bintang yg berkerdipan di mlm yg gelap gelita. Ade ke org mcm tu zaman moden lani? Ye ADA. Anda xkeseorangan memburu cintaNya