TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004
- 1. di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
- 2. di mana-mana kawasan hospital atau klinik
- 3. di dalam lif atau tandas awam
- 4. di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
- 5. di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
- 6. di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22
- 7. di dalam mana-mana lapangan terbang
- 8. di dalam mana-mana premis kerajaan
- 9. di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
- 10. di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- 11. di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
- 12. di dalam mana-mana bas sekolah
- 13. di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
- 14. di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
- 15. di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
- 16. di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
- 17. di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- 18. di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
- 19. di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
- 20. di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
- 21. di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat