Minta maaf semua, admin memang tak boleh move on lagi dengan video-video adik Fattah Anas ni. Gelagat dan teletahnya yang comel dan manja itu membuatkan admin dan ramai yang di luar sana ‘jatuh cinta’ dengannya.
Ada sahaja aksinya yang mencuit hati sesiapa yang menontonnya tanpa jemu. Walaupun baru berusia 2 tahun lebih, Anas kini sudah mempunyai ramai peminat yang tersendiri.
Yang terbaru Papa Anas, Muhammad Firdaus ada memuatnaik video berbual sebelum tidur dengan Anas. Dalam video berkenaan, Anas minta untuk tonton video kartun Upin dan Ipin. Cara percakapan, suara dan gayanya yang comel itu membuatkan ramai yang geram.
Apa yang menariknya, Papa Anas menyuruh Anas melakukan sesuatu terlebih dahulu sebelum tonton video Upin dan Ipin itu. Selepas itu, Papa Anas suruhnya tidur dan Anas sempat pejam mata beberapa saat tetapi kemudiannya baru teringat nak tengok video Upin dan Ipin. Serius comel !!
Papa Anas pun bukan main lagi, kuat betul menyakat Anas. Ada saja idea Papa Anas mengusik Anas. Apa-apa pun, respek Papa Anas sebab rajin melayan kerenah Anas.
Jom tonton video penuh di bawah :
” Hari2 nk syuk pin pin sbelum tido haihh”
Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Anas yang comelnya itu. Antara komen-komen netizen :
qiela__ : Bila anas tarik and cium pipi papa, can you feel the loveeeeee guys??! Anas besar nanti jaga papa dgn mama elok elok tau!
chi__chi_tot : Ya Allah geyamnya untie kt anas ni..penghibur hati..klu dekat untie nk kiss anas banyak2.. Untie nk gomol anas ni..
ummy_piya : Anas comel ckp ngn papa tp kelenyah x reti duduk diam..moga anas membesar dgn sihat
ena_lyna : Isshhhh gerammm tgk muncung anass tuu.. syggg anass. Papa nk syuk upin ipin bolehhhh.. bkn boyehh dh.. dh x pelat dh anass..aduhaii anasss pandai cakp lembutt je..
a.emyliaa : @fattahanas_official the moment papa suh tidur dia dah tutup mata like 2second then syuk pin pin ?eh hahahah
nanaffendi : Apa papa ni Anas kata nak syuk pin pin kan? Suruh pejam mata pulak lepas dpt kiss. Yg anas pun ikut je papa suruh buat apa hahahahahaha adoiiilah dua beranak ni
Alahai Anas, kenapalah comel sangat ? Tak pernah tak comel tau. Semoga Anas membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama dan negara.
Bila sudah besar nanti, Anas tengok balik video-video Anas ni, macam mana lah agaknya yer ? Mesti malu-malu agaknya..
Sumber : IG Fattah Anas