Persoalan Mengenai Adakah Sah Puasa Apabila Mandi Wajib Selepas Subuh. Ini Penjelasannya

Author:

USTAZ AZHAR IDRUS
Soalan: Bolehkah melengahkan mandi wajib sehingga melepasi waktu subuh? Dan kita mengqada’ kan subuh tadi setelah selesai mandi?

Jawapan: Haa ni soalan biasa di bulan-bulan puasa. Boleh tak kita mandi (wajib) lewat, mandi lepas subuh? Sebab tu bila kita pergi kuliah, ustaz akan baca kitab“dalam syarat sah berpuasa itu, hendaklah suci daripada darah haid & nifas. Adapun darah janabah, maka tidak disyaratkan suci daripadanya.”

maksudnya.. hadas haid dan nifas sahaja yang menyebabkan puasa kita tidak sah. Adapun hadas janabah, dia tidak menganggu puasa kita. Janabah ni terjadi dengan sebab DUA perkara. Sama ada keluar mani tanpa jima’ (jimak = setubuh) atau jima’ sekalipun tak keluar mani.

Ada tak berlaku keluar mani tapi tak jimak? Contoh.. tengah-tengah jalan tengok posmen, keluar mani. Haa yang tu dipanggil keluar mani tanpa jima’.
Perempuan & laki yang ada junub, yang janabah.. hukumnya sah berpuasa. Hadas janabah tidak menafikan sahnya puasa.

Jadi, kalau malam tu melakukan persetubuhan, esoknya dia mandi pukul 6 pagi sedangkan waktu subuh 5.45 pagi. Sah puasanya.

Yang disyaratkan suci dari junub hanyalah solat. Solat tak boleh. Kalau kerana junub, hadas janabah.. wajib mandi (wajib) dulu untuk solat.

Katakan dia mimpi basah siang hari. Adapun kalau jima’ di siang hari batal puasa. Mimpi basah? Batal tak puasa kita? Tak batal. Lepas sembahyang zohor, terkejut budak main mercun, keluar mani. Tu umpamanya haha.. kalau macam tu tak ada masalah. Asar lambat lagi, sekarang baru pukul 1.30ptg. Asar kang 4.30, jadi 4.30 baru dia mandi wajib.. tak ada masalah. Kerana mandi tu tak wajib. Yang jadi wajib mandi kerana nak bersolat.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan: Hadas besar ni ada DUA.
Yang pertama – hadas janabah.
Yang kedua – biasa orang perempuan: hadas haid.

hadas yang menyebabkan puasa tidak sah adalah hadas haid.
hadas janabah tak ada masalah. Hadas janabah dengan sebab berlaku persetubuhan (jima’) ataupun keluar air mani, sama ada laki laki atau perempuan. Sesiapa yang ada berlaku dua ni, sama ada dia jimak ATAU keluar mani.. dipanggil orang itu junub. Hadasnya nama janabah.

Jadi, hadas janabah tidak mencegah. Dia bukan penghalang.

syarat sah puasa ada banyak. Antara syarat sah puasa-suci seseorang itu daripada hadas haid. Hadas janabah tidak menjadi syarat. Maknanya, siapa yang berpuasa dalam keadaan junub kemudian baru dia berpuasa, sah.

contoh mudah: malam berlaku janabah. Suami isteri jimak. Mereka bangun pukul 6.30pagi. Subuh 5.45pagi. Mereka telah berpuasa dalam hadas besar. Hukumnya sah. Tiada masalah.

ATAUPUN

dia puasa okay. Dari awal suci murni. Pukul 10 pagi tu, dia letih sangat kat pejabat. Mimpi… bila mimpi keluar mani. Jadi, batal tak puasa dia? Tak batal. Sama ada dia keluar mani bangun tidur atau dalam mimpi tu keluar mani. Tak batal belaka (dua dua kes tersebut tak batal puasa). Kemudian masalah mandi wajib. Bukan untuk sahkan puasa, tapi untuk sahkan sembahyang.

DR MAZA

Soalan: Bolehkah mandi wajib dilakukan selepas azan subuh & bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Jawapan:
Boleh. Riwayat Aisyah R.A. Dia menceritakan bahawa sesungguhnya dia telah mandi wajib setelah bersama dengan Nabi tapi dia mandi wajib apabila telah azan subuh.

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah mendapati fajar di bulan Ramadhan (siang) , padahal beliau dalam keadaan junub kerana jima’. Lalu beliau mandi dan berpuasa” (Sahih Muslim)

Maksudnya telah azan subuh, dia mandi wajib dan kemudian sembahyang subuh lah. Tak lah kata mandi wajib time zuhur. Teruk la tu tak solat subuh.

Maksudnya, katakan lah. Contoh yang praktikal. Kita ‘bersama’ dengan suami kita, kemudian kita sahur dengan suami kita. Quran dah sebut dah..

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh/mengadakan hubungan seks) dengan isteri-isteri kamu………” – Al-Baqarah (2) : 187

So katakanlah.. lepas sahur, makan makan, dia bersetubuh dengan isteri dia. Lepas selesai je bersetubuh, tiba-tiba orang azan. Kemudian kita mandi wajib semua, pergi masjid. Boleh atau tak? Boleh.

TAPI! Kalau bersetubuh selepas orang azan, haa tu memang tak boleh.

Haaa dapat tak jawapannya?
Conclusion:
1) untuk kes wanita yang suci daripada haid & nifas pada waktu sahur.. kena mandi wajib before azan subuh. Sebab syarat sah puasa adalah kena suci daripada darah haid dan nifas.
2) untuk kes suami isteri yang bersetubuh pada waktu malam dan kemudian terrrbangun selepas waktu azan subuh keesokannya, sah puasa mereka.
3) untuk kes para lelaki yang mimpi basah di siang hari atau petang hari, sah je puasanya. cuma kena mandi wajib untuk menunaikan solat.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

error: Content is protected !!