Pokok Ketapang Nilainya Amat Tinggi, Daunnya Bersepah Sahaja Tapi Sebenarnya Sangat Lumayan. Apa Khasiatnya?

Author:

Pokok ketapang ni sebenarnya dah macam pokok pisang banyak kegunaannya dari daun, batang sehingga ke buahnya. Daun ketapang pun boleh bantu hilangkan sakit sendi. Biar betul!

Pokok Ketapang Bernilai Tinggi

Daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave, lazimnya tumbuh liar dikawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropika termasuk di Malaysia.

Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara dan biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya.

Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir, malangnya jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tidak tahu khasiatnya.

Kebiasaanya, di pantai-pantai pokok ketapang digunakan untuk mencantikkan landskap dan tempat teduhan kerana cepat tumbuh dan bentuk pokok yang menarik.

Daun Pokok Ketapang
Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang tua dahulu.

kelebihan pokok ketapang, manfaat pokok ketabang, khasiat daun ketapang, kelebihan daun ketapang, petua daun ketapang, daun ketapang

kelebihan pokok ketapang, manfaat pokok ketabang, khasiat daun ketapang, kelebihan daun ketapang, petua daun ketapang, daun ketapang

Cuba lihat gambar diatas, ada penjual Malaysia yang menjana pendapatan ribuan ringgit dengan hanya menjual daun kering Ketapang di eBay!

Bagi masyarakat barat pula, daun ketapang diletakkan di dalam aquarium untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di Amerika Syarikat

Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang mendapat permintaan tinggi walaupun kita boleh dapat di Malaysia secara percuma.

Buah Ketapang
Buah Ketapang adalah jenis buah ‘DRUPE’ iaitu berbentuk bujur memanjang berukuran sekitar 3.5 – 7.0 cm panjang serta 2-5 cm lebar.

Buah muda yang saya lihat selalunya hijau dan kemudian akan berwarna kuning atau kemerahan apabila telah masak. Buah ini mempunyai lapisan kulit yang tebal (3-6 mm tebal) dan banyak mengandungi jus serta ada lapisan dalam yang keras.

Seolah-olah ada lapisan sel batu yang keras dan berserabut dengan pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna.

kelebihan pokok ketapang, manfaat pokok ketabang, khasiat daun ketapang, kelebihan daun ketapang, petua daun ketapang, daun ketapang

Anda pernah makan isi buah ketapang? Mungkin anda akan setuju dengan saya yang rasa isinya pahit manis dan kurang sesuai dimakan. Ada orang yang makan biji buah ketapang setelah biji tersebut dipanggang dulu.

Bunga ketapang berada dalam jambak yang kecil berwarna putih kehijauan dan banyak komponen adalah bunga jantan. Jambak bunga keluar dari ketiak daun dengan ukuran 8-16 cm panjang.

Kajian Makmal
Kajian di makmal mendapati kulit kayu pokok ketapang mengandungi Tanin yang tinggi (11-23%). Bahagian buah juga mengandungi Tanin sebanyak 6-20% begiitu juga dengan bahagian akar, daun dan kulit pokok.

Kajian makmal juga mendapati daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin yang boleh di proses melalui Hidrolisis. Kandungan Asid Galik, Asid Clagik, Korinlagen serta Asid Carbicylic Brevifolin juga terdapat pada bahagian daun.

Kulit Pokok pula mengandungi Katecin, Epikateen, Asid gilik, Asid Elagik dan Leucosianidin.

Biji buah ketapang kaya dengan minyak (54%), Asid Palmitik (52%) dan Protin (27%). Isi biji kering pula mengandungi 25% protin, 6% Gula dan 16 jenis kumpulan Asid Amino.

BACA JUGA: Nata De Aloevera, Cegah Bengkak Sendi & Bantu Penyembuhan Luka

Kegunaan Pokok Ketapang
Bahagian paling berguna dari pokok ketapang adalah batang kayunya yang keras dimana boleh dibuat perabot, perahu, bahan binaan dan juga bahan bakar yang baik. Kayu ketapang tidak boleh diletak diatas tanah kerana sangat disukai oleh anai-anai (termites).

Walau pun daun, kulit kayu dan akar ada yang digunakan untuk proses menyamak dan mewarna, ianya jarang kita dilihat di Malaysia tetapi diaplikasikan di India dan Sri Lanka.

Terdapat sejenis ulat sutera (Indian Silt Worm) yang makan daun ketapang untuk penternakannya.

Pokok Ketapang Bernilai Tinggi

Khasiat Ketapang
Khasiat pokok Ketatang jarang-jarang di bincangkan. Mana ada orang yang minat hendak mengkaji khasiat pokok ketapang yang ditanam disepanjang jalan?

Paling asas adalah kegunaan bahagian akar pokok yang direbus dan airnya diminum untuk untuk rawatan deman panas, masaalah hati, masaalah hempedu, cirit birit dan disenteri.

Air ini juga boleh disapu pada kudis, bisul atau sakit puting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak.

Biji ketapang yang dimakan boleh melawaskan buang air besar dan merangsang air susu tetapi AWAS, kalau makan terlalu banyak akan mengakibatkan cirit birit pula.

Ada petua agar sesiapa yang makan biji ketapang bersama sarang lebah mampu menghilangkan bau busuk kentut dan mengelakkan najis berdarah.

Satu lagi khasiat buah ketapang adalah apabila direbus dan diminum akan merawat demam panas, cirit birit dan juga masaalah asma (semput).

Daun Ketapang
Daun Ketapang merupakan bahagian yang paling berkhasiat yang boleh dijadikan ubat pupuk rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan jika daun-daun dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian akan menghilangkan masalah ruam.

Air rebusan daun Ketapang juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit.

kelebihan pokok ketapang, manfaat pokok ketabang, khasiat daun ketapang, kelebihan daun ketapang, petua daun ketapang, daun ketapang

Ia juga didakwa mampu menghentikan masaalah batuk berdarah dan juga mengatasi masaalah cacing dalam perut dan usus kita (daun merah).

Paling penting adalah, daun ketapang yang hendak digunakan mestilah bersih, tidak berpenyakit dan bukan yang ditanam ditengah-tengh lebuhraya yang banyak asap atau ada logam berat.

Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan sapukan pada tempat sakit kulit.

Daun Ketapang yang dipanaskan dan diletak pada bahagian sendi yang sakit mampu mengurangkan masalah tersebut termasuk juga masalah rheutismae.

Mungkin fakta diatas adalah panduan sahaja.

Semoga memberi manfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!