Saya down, kenapa tahap 4? Zaibo lalui fasa sukar hidap kanser. Semoga Allah Sembuhkan Penderitaan Zaibo.

Author:

SUNGGUHPUN disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat, pelakon Zaibo masih mampu tersenyum ceria melayan rakan-rakan yang menziarahinya.

“SEBELUM ini saya hanya ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus (Esophageal Cancer) dan perlu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB),” kata pelakon Zaibo mengulas keadaan kesihatannya.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak semalam.

“Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan di HSB pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan,” katanya memberikan kerjasama yang baik apabila dihubungi.

Zaibo berkata, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

Derita yang ditanggung langsung tidak dizahirkan diraut wajah Zaibo yang terkenal dengan watak Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya.

Bagaimanapun ketika wartawan mStar Online menziarahi Zaibo, 62, yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.

“Sejujurnya saya sangat terkejut. Saya bertanya pada diri, mengapa kanser?

“Aku tak sakit, kenapa tahap empat? Saya jadi down,” katanya pada Selasa.

Editor Hiburan mStar, Niezam Abdullah (kanan) turut sama menziarahi Zaibo di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun menurut Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, dia perlu bangkit daripada kesulitan yang dihadapinya demi insan-insan tersayang yang ada disekelilingnya.

“Saya kasihan melihat isteri dan anak-anak saya bersedih kerana saya.

“Mereka akan gembira jika saya ceria. Jadi saya katakan pada diri supaya terus bersemangat melawan penyakit ini,” katanya.

Cerita Zaibo, dia diberitahu menghidap kanser apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! KLM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KL MENJERIT

Sumber: mstar

Leave a Reply

error: Content is protected !!