Siapa yang tidak teruja dan gembira untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga terutamanya cucu kesayangan yang telah menanti sejak sekian lama dahulu.
Mungkin itu perasaan yang dapat digambarkan oleh ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim apabila menantunya, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan cahaya mata.
Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, beliau kelihatan sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk menantunya dengan memasak pelbagai jenis menu ketika berpantang.
VIDEO:
Walau bagaimanapun, pengasas produk Sendayu Tinggi itu telah membuat pendedahan mengenai sikap menantunya yang patut dijadikan contoh buat wanita lain.
“Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia menjadi staf saya lagi.Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yang terkenal (saya tak kenal artis sangat). Saya agak tekejut kerana seorang model yang income banyak boleh bekerja sebagai CS?Disini saya akui saya tidak mahu orang yang dalam dunia glamour jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis. Saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yang cantik. Sangat baik.Dia tak sombong & tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model yang terkenal. Ini sangat mengejutkan saya.Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti untuk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya.Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga, kasi jam mahal. Ida bukan murah & senang nak dapatkan. Bila Kri (Aliff) ngorat dia pun tak nak, woww hebat budak ni.Saya melihatkan anak saya sukakan dia & saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak saya & kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta.Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan dihati “nak sangat budak ni.Kri memang hensem & ramai peminat tapi bab dosa besar dia takkan buat saya puji Kri bab ni. Nak kahwin pun dia serahkan pada saya.Bila dia kata nak Ida, saya kata tak payah lama. Kahwin je terus, mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sebab dia jaga anak2 saya waktu saya kerja masa miskin.Kri ni bab baiknya lah ya. Puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok & sayang saya sangat2 (sampai nama anakk dia pun dia nak saya kasi nama semuanya).Saya akui susah hati didik Kri. Masa dia remaja, bini orang & makcik2 suka dan sayang dia. Untuk elak zina Ida terbaik untuk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yang tergedik2 untuk mengoda orang kaya. Ciri2 murni pada Ida ini memang menjadi idaman sy. (Saya sangat memilih nasab).
Paling saya tak lupa, pada awal perkahwinannya dia menjaga arwah ayah saya sakit sama2 dengan saya. Dia sayang anak2 saya yang masih kecik2 & begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin,” ujarnya panjang lebar.
Sumber : Rozita Ibrahim / Ohmymedia