Si kecil mengabrakan ayahnya. Bukannya dia takut untuk kukunya dipotong malah dia boleh ketawa lagi

Author:

Telatah bayi ini ketika kukunya hendak dipotong memang tidak dijangka

Buat ibu bapa yang memiliki anak kecil pastinya tahu bahawa untuk memotong kuku anak kecil adalah tugas yang agak mencabar dan sukar buat ibu bapa.

Anak-anak kecil biasanya akan mengelakkan diri daripada membenarkan kuku mereka dipotong. Hal ini kerana mungkin mereka ketakutan sebaik sahaja melihat penyepit kuku yang tajam itu.

Ada yang menangis sepanjang kuku mereka dipotong, tidak kurang juga yang menangis sebelum ibu atau bapa mereka memotong kuku mereka. Semuanya kerana takut.

Tidak ketinggalan ada yang menarik tangan mereka supaya mereka tidak perlu untuk memotong kuku tetapi mahu atau tidak kuku mereka yang panjang dan tajam itu harus dipotong juga.

Tetapi lain pula yang berlaku pada si kecil ini. Dia nampaknya langsung tidak takut dengan gunting yang ada di tangan ayahnya. Dia malah boleh tergelak ketika melihat ayahnya cuba memotong kukunya. Dia tidak takut atau menangis sama sekali. Apa yang paling melucukan dia pula yang menakut-nakutkan ayahnya. Memang melucukan!

Leave a Reply

error: Content is protected !!