Sikap Ayah Yang Panas Baran Penyebab Anak Stress Hingga Dewasa

Author:

 

Hubungan kekeluargaan ialah satu perkongsian perasaan sayang, bahagia dan gembira yang wujud antara setiap ahli keluarga. Ia merujuk kepada tingkah laku dan sikap ibu dan bapa sebagai ketua asas dalam keluarga. Namun, perasaan yang bahagia boleh bertukar menjadi gangguan jika permasalahan dalam hubungan tidak diperbaiki dan diberi perhatian. Ternyata sikap cepat marah dan merajuk sering terjadi dan ia mengganggu emosi anda serta keluarga. Jika sikap ini sesekali berlaku, mungkin boleh dianggap sebagai salah faham dalam perhubungan keluarga. Namun jika menjadi satu kebiasaan maka ia dianggap sebagai halangan dalam mengukuhkan pertalian kekeluargaan yang dibina.

Sering kali kita terbaca di dada akhbar mengenai suami yang panas baran sehingga sanggup memukul dan mencederakan isterinya. Walaupun kesalahan isteri terlalu kecil namun disebabkan tidak dapat mengawal perasaan menyebabkan si suami sanggup menggunakan kekerasan untuk memuaskan hatinya. Berdasarkan pendapat ramai panas baran juga turut berpunca daripada kisah silam pada masa lalu. Mungkin suami pernah melihat ayahnya memukul ibu lantas hal ini terbawa-bawa setelah mendirikan rumah tangga. Jika anda benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini, kerjasama antara ahli keluarga terutama ibu dan ahli keluarga yang lain penting bagi mewujudkan suasana harmoni. Perasaan sayang, hormat dan kasih itu akan menjadi lebih kuat jika diselangi dengan sikap saling menghormati antara kalian.

ESEDARAN UNTUK BERUBAH Asas utama untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan adanya kesedaran dari dalam diri si ayah untuk berubah. Dalam hal ini, perbincangan yang tulus adalah penting bagi memastikan kesedaran itu bukan hanya di bibir tetapi jauh di sudut hati. Namun perkara ini bukan semudah yang diperkatakan. Ia perlu dipupuk secara berterusan di mana pasangan boleh mengingatkan antara satu sama lain secara baik dan lemah lembut.

 JANGAN BERDEBAT Elakkan daripada berdebat atau mengemukakan pandangan pada saat suami sedang marah atau beremosi. Sekiranya dilakukan tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, keselamatan si isteri boleh terganggu dan rumah tangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu. Dengar apa yang dimarahi isteri anda, diam dan jangan melawan sehingga marah suami kembali ‘sejuk’ baru anda bersuara.

AJAK BERBINCANG Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar tenang emosinya dan bukannya dengan meninggi suara. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut belakang suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Paling penting, pilih masa dan mood yang baik dan tepat.

ELAK MENYINDIR SUAMI Kebiasaannya suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Oleh itu cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya kerana ia hanya akan membuatkan suami bertambah marah dengan anda. Sebagai isteri anda tidak mahu amarah suami berlarutan. Jadi, elak melakukannya.

KRITIKAN UNTUK PERBAIKI KELEMAHAN Jangan beranggapan pandangan suami sebagai satu kritikan kepada anda. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri. Biasalah dalam rumah tangga pasti ada kesalahan yang anda lakukan. Jangan terlalu beremosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Jika masih ada sayang, anda harus bersikap terbuka. Namun ia bukan bermakna anda harus menanggung semua kesalahan kerana setiap orang ada kelemahan masing-masing. Anda boleh mengemukakan pendapat tetapi pada waktu yang sesuai.

FAHAMI LATAR BELAKANG SUAMI Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh latar belakang dan asuhan dalam keluarga. Ia berkait rapat dengan cara seseorang itu dibesarkan. Jika dibesarkan dalam suasana yang penuh marah dan tengking, si suami mungkin menganggap sikapnya itu satu perkara normal tanpa menyedari ia boleh mengeruhkan keharmonian rumah tangga.

RUMAH DALAM KEADAAN SELESA Pastikan keadaan rumah dalam keadaan kemas dan menyenangkan agar suami berasa selesa dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba selidik punca yang boleh membuatkannya gembira dan tenang. Selepas itu anda elakkan perkara yang boleh membuatkan dia marah.

ELAK MENGGUNAKAN PERKATAAN KASAR Individu yang panas baran akan bertambah marah mereka sekiranya diucapkan dengan kata-kata kasar dan menyakitkan. Oleh itu sentiasa gunakan bahasa pertuturan yang lembut walaupun pada ketika itu suami anda sedang marah. Mengajar mereka yang sedang marah bukanlah dengan menggunakan kemarahan sebaliknya dengan kata-kata dan perbuatan yang akan membuatkan suami terfikir mengapa perlu marah sedangkan boleh diadakan perbincangan untuk mengatasinya.

KONGSI PERASAAN Anda juga boleh menyatakan perasaan hati yang terganggu ekoran sikap panas baran ayah. Wujudkan suasana perkongsian dari hati ke hati yang penuh tertib dan harmoni. Semoga perkongsian anda dengan ibu akan memberikan ketenangan buat kalian. Selain perkongsian perasaan, ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak.

TOLERANSI Semaikan elemen toleransi dalam keluarga terutama ketika berhadapan dengan situasi yang menimbulkan kemarahan. Bimbinglah ayah secara berhikmah tanpa meninggikan suara atau menengking atau melawan cakap ayah. Besar kemungkinan kaedah berlemah-lembut ini membantu ayah untuklebih terbuka dan menahan kemarahan supaya tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Anda mungkin boleh membantu ayah mempelajari cara mengatasi kemarahan itu menerusi pembacaan, perkongsian dan luahan rasa anda. Bimbingan ini perlu dilakukan secara berterusan dan pastinya ibu adalah orang paling rapat dengan ayah. Selain itu, kenal pasti dalam kalangan ahli keluarga besar anda siapa agak rapat dengan ayah. Mungkin juga boleh dijadikan orang tengah untuk menasihati ayah.

ATASI MARAH Mengetahui cara mengatasi kemarahan iaitu dengan mengetahui punca kemarahan, situasi marah dan teknik mengawal pernafasan. Setiap kali ayah marah, ingatkan pada ayah bahawa marah itu akan menjadi lebih besar jika tidak dikawal. Jika tidak berani untuk memberitahu ayah berkenaan hal ini bagi mengelakkan salah sangka yang lebih teruk, maka anda boleh memaklumkan kepada keluarga. Ajar adik-adik berkenaan kaedah untuk mengurangkan kemarahan ayah.

BERDOA Selain itu, berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah kepada anda sekeluarga. Perhubungan yang baik seharusnya mengikut panduan agama dan menjaga batas-batas. Hormat-menghormati itu sangat penting. Bantu ayah untuk menjadi hamba Allah yang lebih sabar kerana tugas ayah adalah sebagai ketua keluarga. Selamat mencuba. Namun jika tindakan ayah keterlaluan hingga menimbulkan kecederaan, maka anda perlu bertindak lebih tegas.

Sumber: www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!