Melukis objek yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan sebagainya, sedangkan tumbuh-tumbuhan tidak termasuk di dalamnya mungkin kelihatan seperti pekerjaan yang biasa. Tapi, tahukah anda bahawa ternyata Baginda Rasulullah S.A.W telah MELARANGNYA, memberitahu akibat buruk yang ditimbulkannya, bahkan memberikan ancaman berat kepada pelakunya. Tahukah anda bahawa Imam Nawawi dan banyak ulama lainnya secara terang-terangan mengatakan bahawa melukis objek yang bernyawa merupakan dosa besar? (Lihat Syarah Shohih Muslim no hadith: 2104)
Berikut dilampirkan beberapa sabda Rasulullah S.A.W tentangnya. Semoga artikel ini dapat kita terapkan dalam kehidupan kita. Ingatlah, Ilmu tidak akan berguna, jika kita tidak mengamalkannya.
1. Rasulullah S.A.W melarang membuat ataupun memanfaatkan lukisan objek yang bernyawa.
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الصور في البيت ونهى أن يصنع ذلك. (رواه الإمام أحمد وابن حبان في صحيحه، والترمذي وقال: حديث حسن صحيح, وصححه الألباني)ـ
Jabir bin Abdullah r.a. mengatakan: Rasulullah S.A.W melarang (menyimpan) lukisan-lukisan di dalam rumah, dan baginda juga melarang untuk membuatnya. (HR. Imam Ahmad, Ibnu Hibban dalam kitab sohihnya, dan Tirmidzy, ia mengatakan hadits ini hasan shohih, dan Albaniy juga men-shohih-kannya)
2. Mereka itu makhluk paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak.
عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها: أن أم حبيبة وأم سلمة ذكرتا كنيسة رأينها بالحبشة فيها تصاوير فذكرتا للنبي صلى الله عليه وسلم فقال إن أولئك إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات بنوا على قبره مسجدا وصوروا فيه تلك الصور فأولئك شرار الخلق عند الله يوم القيامة (رواه البخاري ومسلم)ـ
Dari Aisyah -ibunda kaum mukminin r.a.-: Suatu ketika Ummu Habibah dan Ummu Salamah, menceritakan tentang gereja yang mereka lihat di Negeri Habasyah, di dalamnya terdapat banyak lukisan. Kemudian keduanya menceritakan hal itu kepada Rasulullah S.A.W. Maka baginda pun mengatakan: “Sesungguhnya mereka itulah, kaum yang apabila ada orang soleh yang meninggal, mereka bangunkan masjid di atas kuburnya, dan membuat lukisannya di dalam masjid tersebut. Mereka itulah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat nanti. (HR. Bukhori dan Muslim)
3. Rasulullah S.A.W melaknat para pelukis objek yang bernyawa.
عن أبي جحيفة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم لعن المصورين (رواه البخاري)ـ
Dari Abu Juhaifah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat para pelukis. (HR. Bukhari)
4. Tiada orang yang zalimnya melebihi mereka.
عن أبي زرعة قال دخلت مع أبي هريرة في دار مروان فرأى فيها تصاوير فقال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول قال الله عز وجل ومن أظلم ممن ذهب يخلق خلقا كخلقي، فليخلقوا ذرة أو ليخلقوا حبة أو ليخلقوا شعيرة. (رواه البخاري ومسلم)ـ
Abu Zur’ah mengisahkan: Aku pernah berkunjung ke rumah Marwan bersama Abu Hurairah, dan ia melihat ada lukisan-lukisan di dalamnya. Maka ia pun mengatakan: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah berfirman: Adakah orang yang zalimnya melebihi orang yang membuat ciptaan seperti ciptaanku?, (Kalau memang mampu), maka cuba ia ciptakan semut kecil, atau cuba ia ciptakan biji (gandum atau lainnya), atau cuba ia ciptakan biji sya’ir!. (HR. Bukhari dan Muslim, dengan redaksi dari Muslim)
5. Mereka itu manusia yang paling berat seksaanya di hari kiamat nanti.
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُون. (رواه البخاري ومسلم)ـ
Abdullah bin Masud r.a. mengatakan: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling berat seksannya di sisi Allah pada hari kiamat nanti, adalah para pelukis. (HR. Bukhori dan Muslim)
6. Mereka disuruh untuk menghidupkan lukisannya di hari kiamat nanti.
عن عبد الله بن عمر وعائشة رضي الله عنهم: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: “إِنَّ الَّذِينَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ لَهُمْ أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ”. (رواه البخاري ومسلم)ـ
Dari Abdullah bin Umar dan Aisyah r.a.: Bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sungguh orang-orang yang membuat lukisan-lukisan ini, akan diseksa pada hari kiamat nanti, sambil dikatakan kepada mereka: Hidupkan ciptaanmu itu!” (HR. Bukhari dan Muslim)
عن ابن عباس رضي الله عنهما: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من صور صورة في الدنيا كُلِّف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة وليس بنافخ. (رواه البخاري ومسلم)ـ
Dari Ibnu Abbas r.a.: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa di dunia ini membuat lukisan, nescaya di akhirat nanti ia akan dibebani untuk meniupkan roh kepadanya, padahal ia tidak akan mampu meniupkannya”. (HR. Bukhori dan Muslim)
7. Ada api khas yang ditugaskan untuk menyeksa mereka.
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يخرج عنق من النار يوم القيامة، له عينان يبصر بهما، وأذنان تسمعان، ولسان ينطق، يقول إني وكلت بثلاثة: بمن جعل مع الله إلها آخر، وبكل جبار عنيد، وبالمصورين. (رواه الترمذي وقال حديث حسن غريب صحيح، وصححه الألباني)ـ
Abu Hurairah mengatakan: Rasulullah S.A.W bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan keluar api yang berbentuk leher, ia memiliki dua mata yang dapat melihat, dua telinga yang dapat mendengar, dan mulut yang dan berbicara. Api itu mengatakan: Aku ditugaskan kepada tiga orang, kepada orang yang menyekutukan Allah, kepada orang yang bertindak zalim dan menentang kebenaran padahal ia mengetahuinya, dan kepada para pelukis. (HR. Tirmidziy, ia mengatakan hadits ini hasan gharib sahih, dan disahihkan pula oleh Albany)
8. Melukis objek yang bernyawa termasuk dalam bentuk pengingkaran terhadap Ajaran Islam.
عن علي رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فقال: أيكم ينطلق إلى المدينة فلا يدع بها وثنا إلا كسره ولا قبرا إلا سواه ولا صورة إلا لطخها؟ فقال رجل: أنا يا رسول الله!، فانطلق فهاب أهلَ المدينة فرجع. فقال علي رضي الله عنه: أنا أنطلق يا رسول الله!، قال: فانطلِقْ!، فانطلَقَ ثم رجَعَ، فقال: يا رسول الله، لم أدع بها وثنا إلا كسرته ولا قبرا إلا سويته ولا صورة إلا لطختها. ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من عاد لصنعة شيء من هذا فقد كفر بما أنزل على محمد. (رواه الإمام أحمد، وقال المنذري في الترغيب والترهيب: إسناده جيد إن شاء الله. وحسنه الشيخ أحمد محمد شاكر في تعليقه على مسند الإمام أحمد)ـ
Ali r.a. mengatakan: Suatu saat, ketika Rasulullah S.A.W di depan jenazah, baginda bertanya: “Adakah orang yang bersedia pergi ke Madinah, dan tidak membiarkan patung melainkan ia hancurkan, tidak membiarkan kuburan (yang dibina tinggi) melainkan ia ratakan, dan tidak membiarkan lukisan melainkan ia melumurinya (menghapuskannya)? Salah seorang (dari sahabat) mengatakan: “Aku bersedia, wahai Rasulullah!”, lalu ia berangkat, akan tetapi kerana ia gentar dengan penduduk Madinah, ia pun kembali lagi. Maka Ali r.a. mengatakan: “Aku yang akan berangkat, wahai Rasulullah!”, Baginda mengatakan: “Berangkatlah!”. Maka ia pun berangkat, lalu kembali semasa mengatakan: “Wahai Rasulullah, aku tidak membiarkan patung di Madinah melainkan aku hancurkan, aku tidak membiarkan kuburan (yang dibina tinggi) melainkan aku ratakan, dan aku tidak membiarkan lukisan melainkan aku melumurinya (menghapuskannya)!”. Mendengar hal itu, baginda bersabda: “Barangsiapa mengulangi perbuatan ini lagi, bererti ia telah kafir (ingkar) terhadap syariat yang diturunkan kepada Muhammad!”. (HR. Ahmad, Almundziriy mengatakan dalam kitabnya “at-Targhib wat Tarhib”: Sanadnya jayyid insyaAlloh. Syaikh Ahmad Muhammad Syakir meng-hasan-kannya dalam ta’liq-nya terhadap Kitab Musnad Ahamad, sedang syaikh Albany men-dhaif-kannya dalam kitabnya “Ghayatul Maram”)
9. Rasulullah S.A.W tidak mahu memasuki rumah yang ada lukisannya.
عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم لما رأى الصور في البيت لم يدخل حتى أمر بها فمحيت، ورأى إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام بأيديهما الأزلام، فقال قاتلهم الله والله إن استقسما بالأزلام قط. (رواه البخاري)ـ
Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah S.A.W ketika melihat ada lukisan-lukisan di dalam Ka’bah, beliau tidak memasukinya, sehingga baginda memerintahkan untuk menghapusnya. Baginda (juga) melihat (lukisan) Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. dengan panah untuk mengundi nasib di tangan keduanya, (melihat pemandangan itu) baginda mengatakan: “Semoga Allah membinasakan mereka, demi Allah keduanya tidak pernah mengundi nasib dengan anak panah sama sekali. (HR. Bukhori)
عن علي رضي الله عنه قال: صَنَعْتُ طَعَامًا فَدَعَوْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَجَاءَ فَرَأَى فِي الْبَيْتِ تَصَاوِيرَ فَرَجَعَ. (رواه ابن ماجة، وصححه الألباني)ـ
Ali r.a. mengatakan: “Suatu saat aku pernah membuat makanan, dan aku memanggil Rasulullah S.A.W, maka baginda pun datang, tapi kerana baginda melihat ada lukisan di dalam rumah, akhirnya baginda langsung pulang kembali (HR. Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Albani)
10. Akibat buruk lukisan dengan objek makhluk yang bernyawa selama di dunia.
عن أبي طلحة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة (رواه البخاري ومسلم)ـ
Dari Abu Thalhah: bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Para Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk rumah, yang di dalamnya terdapat anjing ataupun lukisan. (HR. Bukhori dan Muslim)
11. Apa tindakan kita terhadap barang yang berlukiskan makhluk yang bernyawa?
عن أبي الهيَّاج الأسدي -واسمه حيان بن حصين- قال: قال لي علي ابن أبي طالب رضي الله عنه: ألا أبعثك على ما بعثني عليه رسول الله؟ أن لا تدع تِمْثَالاً إلا طمَسْتَه ولا قبرًا مشرفًا إلا سوَّيْتَه. (رواه مسلم)ـ
Abul Hayyaj al-Asadiy -yakni hayyan bin Hushoin- mengatakan: Ali bin Abi Tholib r.a. mengatakan kepadaku: Tidakkah kau ingin, aku mengutusmu dengan agendanya Rasulullah S.A.W ketika mengutusku? Yakni agar engkau tidak membiarkan lukisan, melainkan engkau harus melenyapkannya. Dan tidak membiarkan kuburan yang dibina tinggi, melainkan engkau harus meratakannya. (HR. Muslim)
عن عائشة رضي الله عنها: أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يكن يترك في بيته شيئًا فيه تصاليب -وفي رواية الكشميهني: تصاوير- إلا نقضه. (رواه البخاري)ـ
Dari Aisyah r.a.: bahwa Rasulullah S.A.W tidak pernah membiarkan sesuatu ‘yang ada salibnya’ –dalam riwayatnya kusymihaniy, dengan redaksi: ‘yang ada lukisannya’- kecuali bagina menghilangkannya. (HR. Bukhori)
عن عائشة رضي الله عنها، تقول: دخل عليّ رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد سترت سهوة لي بقرام فيه ثماثيل فلما رآه هتكه وتلوَّن وجهه، وقال: يا عائشة، أشد الناس عذاباً عند الله يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله. قالت عائشة: فقطعناه فجعلنا منه وسادة أو وسادتين. (رواه البخاري ومسلم)ـ
Aisyah r.a. mengatakan: Rasulullah S.A.W pernah menemuiku, ketika itu aku menutup jendela rumahku dengan langsir yang bergambar (makhluk hidup). Tatkala melihatnya, baginda terus menariknya dengan keras dan raut muka baginda berubah, lalu baginda mengatakan: “Wahai Aisyah, orang yang paling berat seksanya di sisi Allah pada hari kiamat nanti adalah mereka yang menyaingi ciptaan Allah!“. Aisyah mengatakan: seterusnya kami pun memotong-motong kain langsir itu, dan menjadikannya satu atau dua bantal. (HR. Bukhari dan Muslim)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: (اسْتَأْذَنَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلام عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: “ادْخُلْ”. فَقَالَ: “كَيْفَ أَدْخُلُ وَفِي بَيْتِكَ سِتْرٌ فِيهِ تَصَاوِيرُ؟! فَإِمَّا أَنْ تُقْطَعَ رُؤوسُهَا أَوْ تُجْعَلَ بِسَاطًا يُوطَأُ فَإِنَّا مَعْشَرَ الْمَلائِكَةِ لا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ تَصَاوِيرُ”. (رواه النسائي, وصححه الألباني)ـ
Abu Hurairah mengatakan: suatu saat Malaikat Jibril pernah meminta ijin kepada Rasulullah S.A.W. Maka baginda pun mengatakan: “Silakan masuk!”. Jibril membalas: “Bagaimana aku masuk, sedangkan di rumahmu ada tirai yang bergambar (makhluk hidup)?! Maka potonglah kepalanya, atau jadikanlah alas untuk diinjak-injak, kerana kami para malaikat (pembawa rahmat) tidak akan sudi masuk ke dalam rumah yang ada lukisan-lukisannya. (HR. Nasa’i, dan disahihkan oleh Albany).
Pertanyaan terakhir, Apa kita masih boleh melukis?
عن سعيد بن أبي الحسن قال: جاء رجل إلى ابن عباس، فقال: إني رجل أصور هذه الصور فأفتني فيها. فقال له: ادن مني! فدنا منه، ثم قال: ادن مني! فدنا حتى وضع يده على رأسه. قال: أنبئك بما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: كل مصوِّرٍ في النار، يجعل له بكل صورة صورها نفسا فتعذبه في جهنم. وقال: إن كنت لا بد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له. (رواه مسلم)ـ
Sa’id bin Abil Hasan mengisahkan: Suatu hari, ada seorang lelaki menghadap Ibnu Abbas, semasa mengatakan: “Sebenarnya aku ini orang yang melukis lukisan ini (untuk mencari nafkah), maka berikanlah aku fatwa tentangnya!”. Ibnu Abbas mengatakan padanya: “Mendekatlah kepadaku!”. Maka ia pun mendekatinya. Ibnu Abbas mengatakan lagi: “(Lebih) mendekat lagi kepadaku!”. Lalu ia (tambah) mendekat lagi sampai Ibnu Abbas boleh meletakkan tangannya di atas kepala orang itu, sambil mengatakan: “Aku akan mengkhabarkan kepadamu apa yang telah aku dengar dari Rasulullah S.A.W, aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap pelukis akan masuk neraka, dan akan dibuatkan dari setiap lukisannya makhluk yang akan menyiksanya di neraka jahanam”. Ia (Ibnu Abbas) mengatakan lagi: “Seandainya kamu terpaksa harus melakukannya, maka lukislah pohon atau apa pun yang tidak bernyawa!”. (HR. Muslim)