Menurut artikel dari Pusat Penyelidikan Epidemiologi Bencana, 90% dari jumlah bencana alam ada berkait rapat dengan air. Tahukah anda bahawa kita bukan sahaja menghadapi ancaman dari bencana seperti ribut, banjir, tsunami, dan kemarau sahaja? Entri ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang bahaya air walaupun hanya dengan sebotol air pada hari yang panas.
Tanpa kita sedari, sebenarnya, botol air yang ditinggalkan di dalam kereta boleh menyebabkan kebakaran atau mengakibatkan kerosakan lain. Teruskan pembacaan dalam entri ini untuk mengetahui bagaimana hal ini boleh membahayakan anda.
Pernahkah anda cuba untuk membakar sekeping kertas dengan menggunakan kanta pembesar di bawah sinaran langsung dari cahaya matahari? Nah, prosesnya samalah seperti apa yang berlaku pada botol air.
Apabila sinar matahari melalui plastik dan cecair, ia akan memberi kesan yang sama seperti kanta pembesar. Dalam ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba Barat Midwest, sinar matahari yang melalui sebotol air mampu mencapai suhu sehingga 250º! Suhu ini sangat panas dan mampu menerbitkan api!
Gambar berikut adalah kesan kebakaran kecil yang berlaku pada kerusi kereta pengguna Facebook Jessica Bone Gernentz yang disebabkan oleh botol air yang ditinggalkan di dalam kereta ketika cuaca panas.
Oleh itu, untuk mengelakkan berlakunya musibah, anda dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang berikut:
1. Cuba untuk tidak membawa dan meninggalkan walau sebotol airpun di dalam kereta anda. Menurut National-Lottery.co.uk, seorang dewasa secara puratanya akan melupakan 3 fakta, tugas, atau peristiwa utama pada setiap hari. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup moden, masalah dan tekanan yang meningkat bagi setiap orang dewasa. Oleh itu, adakah anda pasti bahawa botol air di dalam kereta anda tidak akan menjadi salah satu daripada 3 perkara yang akan dilupai ini?
2. Jika anda adalah seorang yang tidak boleh hidup tanpa sebotol air pada hari yang panas, tetapkan peringatan di telefon bimbit dan bawa sebotol air bersama anda setiap kali anda tiba di destinasi. Ini akan mencuri masa anda selama beberapa saat, tetapi kebaikannya adalah anda tidak akan kembali kepada kereta yang sudah terbakar.
3. Jika anda tidak mahu membawa botol air yang berat bersama anda, pastikan anda meletakkannya di tempat yang tidak terdedah dengan sinaran matahari.
Walaupun kita berusaha sedaya upaya untuk menjamin keselamatan kereta kita, namun, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa keselamatan kereta masih kurang penting daripada kesihatan kita sendiri. Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Florida mendapati bahawa plastik yang biasanya digunakan dalam penghasilan botol air cenderung untuk melepaskan antimoni dan bisphenol A (BPA) jika ia terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh masa tertentu.
Semakin lama botol plastik ditinggalkan di persekitaran yang panas, semakin banyak antimoni dan BPA yang dikeluarkan. Berikut adalah senarai pendek masalah kesihatan yang disebabkan oleh hal ini:
- 1. Perubahan dalam tahap hormon
- 2. Masalah jantung
- 3. Peningkatan risiko kanser
- 4. Sakit perut
- 5. Cirit-birit
- 6. Muntah
Sesetengah kajian juga turut mengaitkannya dengan masalah keguguran dan pendarahan retina.
Setelah membaca entri ini, kami berharap anda akan mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini dan cuba untuk tidak meninggalkan botol air di dalam kereta kerana hal ini sememangnya sangat berbahaya. Sebarkan kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan anda agar mereka maklum tentang hal ini juga!