Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob. Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM, Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata Ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
“Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.”
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah, setiap kali ada urusan dengan laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata,
“Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.”
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah, istikharah, sampailah datang seorang jejaka, yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah.
Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan. Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik.
Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.
Sumber : Srikandiislamiyyah via FB Fahtin Edayu Che Rani