SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan tiga wanita Islam membawa anjing yang tular melalui sebuah klip video kelmarin merupakan pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV).
Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor Dr Nor Kamariah Noordin berkata ketiga-tiga pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) itu sedang menjalani latihan praktikal luar kampus.
Menurutnya, dalam pengajian itu, pelajar yang beragama Islam tidak terkecuali untuk mengendalikan pelbagai spesis haiwan termasuk anjing dan babi.
“(Dalam pengajian ini) ia melibatkan semua spesis haiwan samada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan.
“Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin rakaman video berdurasi 34 saat menjadi tular yang mendakwa tiga wanita bertudung membawa anjing bersiar-siar di tempat awam.
Pelajar-pelajar tersebut sedang menjalani latihan praktikal luar kampus selama seminggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfare Society, Subang Selangor.
Namun katanya, pihak universiti sentiasa memastikan kebajikan para pelajar terpelihara termasuk menyediakan kemudahan menyamak setiap kali selesai sesi latihan.
Dalam pada itu, Nor Kamariah menegaskan video tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan dakwaan orang ramai mengenai isu menyentuh anjing oleh orang Islam yang ditularkan.
Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata latihan praktikal luar kampus merupakan sebahagian daripada syarat keperluan pengajaran dan pembelajaran program DPV.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, individu yang memuatnaik video tersebut dikecam netizen selepas fakta sebenar berkaitan dakwaan itu didedahkan.
Ulasan Seorang Doktor Haiwan.
Namun seorang doktor haiwan/veterinar, Dr.Afiq menjawab di laman Twitter tentang isu ini. Dalam statusnya, beliau menulis jika dilihat betul-betul video berkenaan, setiap gadis ini memakai kasut but dan kemungkinan besar sedang dalam tugasan.
Aktitivi walk the dog ini pula adalah satu perkara biasa kerana anjing boleh jadi aggressive jika tidak dibawa berjalan.
#AWANInews #AWANI745 Ini puncanya pelajar perempuan bertudung bawa anjing jalan-jalan – UPM https://t.co/xYxEusKi2m pic.twitter.com/u0uCbkANrL
— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) July 4, 2018
Ramai yang bersetuju dengan Dr.Afiq dan ramai juga yang berkata di tempat gadis itu berjalan-jalan, terletaknya animal shelter dan tidak mustahil kumpulan gadis-gadis ini sedang menjalankan tugasan yang sedang diberi.
Ini bukan hobi, kalau hobi takkan pakai kasut boot berjalan2 dgn anjing. Salah satu tugasan vet student yg perlu bagi penjagaan anjing kena walk the dog at least once a day. Kalau tak walk anjing boleh naik gila/aggressive dan sebagainya. ☝️ pic.twitter.com/We2MKmHCxZ
— Dr. Afiq Vet (@DrAfiqS) July 3, 2018
Netizen pula memilih untuk membuat tuduhan serkap jarang tanpa mengkaji asas sebenar sesuatu video. Yang perlu dipersalahkan adalah orang yang merakam video ini. Apalah salahnya beliau turun dari kereta dan bertanya sendiri kepada kumpulan gadis ini apa yang sedang mereka lakukan.
Jika beliau tahu, pastinya tone video ini juga akan berubah. Ingatlah, di dalam Islam hukum memfitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh. Jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaaan basah pula, hukumnya hanya perlu basuh dengan air tanah.
Kredit : Astro awani