# 1 Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg perlu dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup komputer riba atau simpan handphone kita.
# 2 Pasang penggera waktu solat dalam handphone, tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.
Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”
# 3 Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.
# 4 Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.
Rahsia solat di awal waktu
Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktudapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan rasa syahwat yang melampaui batas islam.
Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.
Allah swt juga berfirman:
“Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana mereka mendirikannya secara lalai. Berkenaan dengan ayat ini, Imam Shadiq as ditanya, beliau menjawab: Yang dimaksud dengan ayat ini adalah orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur)”
Surah almaaun ayat 3-4
Jom sahabat, tidak kemana apa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Facebook masih lagi boleh diteruskan, blog boleh di update pada bila-bila masa, dan borak kosong juga boleh disambung semula selepas kita menunaikan apa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai umat akhir zaman. Saya juga seperti anda,kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu. Kita mengeluh,kita meratap sesal kerana Allah seperti tidak mendengar keluhan doa atau lambat memakbulkan doa kita setiap masa, Tapi adakah kita memberi keutamaan dalam beribadat kepada-Nya?
Allah swt berfirman:
“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’.” Surah Al-Baqarah ayat 238
Disini kami kongsikan beberapa hadis sahih tentang kepentingan solat di awal waktu:
- Hadis 1
- الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
- Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah”
- (Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
- Hadis 2
- سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
- Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)
- Hadis 3
- Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
- (Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)
- Hadis 4
- Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
- Hadis 5
- Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”
- (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
- Hadis 6
- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya”
- (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)