“Rezeki Allah,” itu perkongsian Abby Abadi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini setelah dia berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki, pada Selasa. Pada masa sama, Abby turut berdoa agar urusan melakukan proses dokumentasi terhadap bayi tersebut dipermudahkan.
“Bila ALLAH nak bagi…Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan,” tulisnya yang turut berkongsi, bayi yang belum diberi nama itu diambilnya sejurus dia dibenarkan keluar daripada hospital.
Terdahulu, Abby menerusi entri Instagram sebelumnya ada memaklumkan mengenai keinginannya untuk mengambil anak angkat
VIDEO: