Ular, reptilia berbisa yang kerap bertandang di laman anda. wlaupun laman dah cukup kemas dan bersih, tidak bermaksud anda terhindar dari kunjugan reptilia ini. ini kerana 1 dari 10 faktor tersebut terdapat di kediaman anda.
1. Bersihkan perkarangan rumah
Elak dari kawasan yang menjadi himpunan barang-barang seperti longokkan ornamen kerana ia berpotensi menjadi tempat perlindungan ular. Disamping itu juga, lantai laman sama ada di bawah pokok perlu sentiasa bersih tanpa longokkan daun kering kerana ular suka tidur di dalam timbunan daun keran yang kering dan sejuk.
2. Elak dari tanaman merumpun
Tanaman merumpun seperti pandan dan seangkatan denganya juga berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa anda sedari. Silap-silap, boleh jadi tempat bertelur dia pulak nanti. Kalau ada tanaman merimbun yang terdapat di laman anda, perkemaskannya secara kerap.
3. Tebas semak samun
Tebas semak samun yang terdapat di dalam mahupun sekitar perkarangan kediaman anda. kalau lalang jiran tu dah panjang semeter, suruh di tebas. Kalau jiran malas, buat gotong royong sama-sama. BAIKNYEEEE
4. Elak dari badan air
Badan air seperti kolam ikan dan tasik adalah tempat kegemaran ular terutamanya ketika musim panas. jika kediaman anda berhampiran dengan tasik, ia berpotensi menjadi tempat singgahan ular.
5. Tutup setiap lubang
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuan nye untuk menghalang ular dari masuk rumah lah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
6. Pastikan rumah sentiasa harum
Ular mempunyai sifat tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria bau ular. Bila deria bau ular tercemar, ia akan mengalami kesukaran untuk mengesan keadaan persekitarannya .
7. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Artinya ia tidak memilih tempat tertentu untuk dijadikan tempat tinggal dalam waktu yang lama. Dia selalu berpindah ke tempat yang menyediakan stock makanan yang mencukupi. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman anda, lebih lama lah dia bertapa. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.
8. Kucing vs ular
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
9. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari laman anda. gunakan jentera berkebun seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.
10. Tabur serbuk belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos. Namun kelihatan berkesan bedasarkan pengalaman admin. Tabur parameter kediaman dengan serbuk belerang atau nama lebih tepat sulfur. Boleh dapatkan serbuk ni di kedai hardware sahaja. Tapi masa nak taburkan serbuk belerang ni, pakai sarung tanggan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.