Sebut saja angkasawan negara, pasti terfikir nama Sheikh Muszapha Shukor yang telah menjadi kebanggaan kepada ramai rakyat Malaysia dengan mengharumkan nama negara.
Beliau yang juga seorang bapa telah menjadi ikon kepada empat orang anaknya, pastinya ingin menjadi dan memberi pendidikan yang terbaik untuk keluarganya.
Semalam, doktor pakar bedah Ortopedik itu telah berkongsi gambar dan video di laman Instagram miliknya ketika mengambil kad laporan di sekolah anak sulungnya.
VIDEO:
“Hari penyerahan kad laporan di sekolah Tasha. Saya sedang menunggu giliran dengan duduk di atas kerusi kecil.
“Sesi perjumpaan ini sangat bagus kerana kita dapat kenal lebih tentang diri anak kita dan kemungkinan kita akan lebih mengetahui apa yang mereka mampu lakukan.
“Secara keseluruhannya, cikgu sudah mengajar anak saya dengan baik,” katanya menerusi posting tersebut di Instagram.
Rata-rata pengikutnya turut memberikan komen dengan bertanyakan tentang keputusan subjek anak sulungnya, serta meminta beberapa tips untuk meningkatkan prestasi pelajaran kanak-kana seusia 5 hingga 10 tahun.
Kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan anak-anak justeru setiap pasangan harus menjadikan diri mereka sebagai idola kepada anak-anak.
Sumber : Sheikh Muszapha Shukor / Ohmymedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KB
Sumber: Sumber