“Alamak, tak sedap pula air Nescafe yang aku bancuh ni”
Suka minum air Nescafe tetapi tak pandai bancuh? Jangan risau, kalau anda nak dapatkan air nescafe yang sedap dan pekat macam dipesan di kedai, ada caranya. Mudah sahaja dengan ikut cara yang digunakan oleh lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai ‘barista‘.
RESIPI BANCUHAN NESFACE PALING SEDAP!
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya. Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3 in 1. Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…yang disalahkan, nasi…kesian nasi.
INILAH RAHSIANYA!
1. Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil
3. Susu manis 1 setengah sudu hinggan 2 sudu kecil
4. Campurkan dan kacau sekali
5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.
Sumber: siraplimau