Siapakah Pengikut Dajjal Al Masih?
Menurut yang Amat Mulia Dato’ Dr. Zainal Abidin, akan datang pada era pemerintahan Imam Mahdi, Dajjal akan datang di sebelah timur dan bersama-samanya ada 4 golongan. Hadith Tirmizi meriwayatkan pengikut pertamanya ialah:
- 70 ribu Yahudi Isfahan yang akan memakai baju khas bernama “Tayalissah”.
- Orang yang bermuka gelap mengikut hadith Tirmizi
- Wanita
- Arab-arab kampung-Berdasarkan hadith soheh Ibn Majah mengatakan bahawa Dajjal akan memasuki kampung orang arab dan berkata kepada mereka “mahukah kamu aku kembalikan ibu bapa kamu? Maka jawab mereka “kami mahu.”. Maka Dajjal dibantu oleh iblis dan syaitan yang berupa selah ibu-bapa mereka. Dan orang-orang Arab kampung ini akan terpedaya dan menjadi pengikut Dajjal.
Dajjal akan mengelilingi dunia selam 40 hari ke semua pelosok dunia kecuali Baitul Makdis. Tidak ada fitnah yang paling besar melainkan fitnah Dajjal. Umat Islam pada ketika itu akan berada dalam sangat lemah dan kurang dari sudut ilmu.
Kemanakah pergi para peminpin dunia pada waktu itu?
Imam Mahdi akan datang sebelum datangnya Dajjal pada masa itu.Dajjal datang membawa fitnah yang begitu besar sehingga jumlah Umat Islam menjadi semakin kecil yang akhirnya semakin sedikit bilangan umat Islam.
40 Hari Pemerintahan dajjal
Kesan kesusahan hidup pada ketika itu
1- Dajjal akan memanfaatkan teknologi canggih di akhir zaman
Ditangan Dajjal ada teknologi sehinggan dajjal boleh mengatakan “wahai hujan turun” lalu hujan turun. Contoh sekarang ni sudah ada teknologi yang namanya HARRP yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Teknologi canggih hanya dengan menembak gelombang radioaktif dengan menembak lapisan inosfera dan menyebabkan cuaca jadi berubah. Tidak mustahil di era pemerintahan Dajjal teknologi ini menjadi kebih canggih.
2- Dajjal membawa syurga dan neraka
jika manusia memilih syurga Dajjal bermakna dia memilih neraka Allah.
3- Dajjal akan membawa 2 sungai iatu sungai air dan api. Ertinya dia akan membawa sesuatu yang mengelirukan. Maksudnya dunia sekarang penuh tipu daya.
Dajjal akn memerintah selama 40 hari
Mengikut kajian,
1 hari= 1 tahun bermaksudnya 100 tahun zaman (era dajjal dalam pemerintahan British)
1 Hari=1 bulan menghasilkan 83 tahun (Amerika berkuasa selama 83 tahun)
1 hari=1 minggu (19 tahun dimensi dajjal dalam bentuk kekuasaan Israel)
1 hari seperti hari biasa= pemerintahan dalam bentuk manusia yang sangat kejam.
Dajjal akan datang dari sebelah timur antara Syam dan Iraq dan membuat kerosakan di kanan kirinya. Kemudian, Dajjal akan mengelilingi dunia dan selepas itu dia akan cuba memasuki Mekah dan Madinah kemudian dihalang oleh para malaikat.
Umat Islam yang bilangannya sudah mengecil itu kemudian lari menyelamatkan diri di Baitulmaqdis. Kemudian dajjal datang mengepung mereka denagn membuat gongcangan demi goncangan sehingga umat islam menderita. Kemuncak pertembungan ialah di Damsyik ketika mana Nabi Isa turun di Menara Putih di Timur Damsyik dan Baginda turun diwaktu subuh dan menjadi makmum kepada umat islam dan Imam Mahdi. Dan selepas itu dibuka pintu kota yang dajjal dan tenteranya sedang menunggu.
Setelah melihat Nabi Isa, Dajjal seloah-olah menjadi seperti garam yang cair di dalam air. Maka dia pun melarikan diri dan Nabi Isa dan umat Islam mengejar sehingga Dajjal Al-Masih berjaya dibunuh oleh Nabi Isa AS di Kota Lod. Mengikut Kjian ia ada;lah satu pusat ketenteraan di bumi Israel sekarang. Itulah pengakhiran Dajjal. Nabi Isa Al-Masih (yang Benar) berjaya membunuh Dajjal aL-Masih( penipu besar)
Video:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!